JUMAAT | 12 MAC 2021 | MASJID JAMEK BEKOK
Alhamdullillah, Salam serta Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
𝐒𝐞𝐤𝐢𝐭𝐚𝐫 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐫𝐧𝐢𝐚𝐚𝐧 𝐃𝐘𝐀𝐌 𝐓𝐮𝐧𝐤𝐮 𝐌𝐚𝐡𝐤𝐨𝐭𝐚 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐉𝐚𝐦𝐞𝐤 𝐁𝐞𝐤𝐨𝐤.
Penyampaian telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Nasri Bin Md Ali, Pegawai Daerah Segamat. Turut serta adalah Pegawai Tadbir Negeri Johor dan Kadi Daerah Segamat.
Masjid Jamek Bekok terletak di Mukim Bekok , dan jarak ke pusat bandar Segamat dianggarkan sejauh 54km. Telah dibina pada tahun 1969, masih mengekalkan senibina asal diatas tanah yang berkeluasan 2 ekar. Jumlah ahli kariah dikawasan ini adalah dianggarkan seramai 1,215 orang.
Semoga kurniaan ini dapat memberi manfaat serta kemudahan kepada kariah masjid.
𝐌𝐞𝐧𝐣𝐮𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐓𝐮𝐧𝐤𝐮